Showing posts with label cerita.. Show all posts
Showing posts with label cerita.. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

Tomyam lobster







Minggu sudah abang saya bagi lobster kat saya..dua ekor.. saya tertanya tanya nak masak apa lobster ni..yelah kan tak pernah masak sendiri ..makan kat restoran adalah..
Macam2 resepilah yang terfikir...dok jengok kat dalam fridge bahan apa yang ada nak buat rencah masak .. penng juga kan nak masak lobster dua ekor ni..akhirnya saya membuat keputusan nak masak tomyam ajelah. Senang tak banyak kerja untuk memasaknya.
Masalah utama macamana nak keluarkan isi nya..tak kan nak masak macam tu aje..dah lah kulit udang tu keras giler ..hehehe.. terfikir saya nak merebusnya..bila dah rebus nak kopek pulak isinya..susah jugakkan nak makan lobster ni patutlah mahal harga nya kat pasaran. Kalau kat restoran tu pandai order je tak nak ambik tahu pun macamana chef tu masak..haa bila diri sendiri nak buat barulah terkial kial ..padan muka sendiri..
Bila dah siap masak ...saya ketawa sendiri .kalau lah chef kat restoran tu tahu lobster tu saya masak tomyam mesti dia pun geleng kepala ..tak buat dek orang masak lobster tomyam..hehehe

Monday, March 30, 2009

Cerita di pagi Isnin

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batutersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang ditembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang/kesalahan di dinding hati kawan2 semua.Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. kan?
Semoga persahabatan antara kita semua akan terus berkekalan hendaknya.