Cara-cara membuat biscournu.

Buat dua keping pattern cross stitch Jahit 'backstitch' di sekeliling pattern selalunya jahitan backstitch itu dibuat dalam jumlah genap. Dalam contoh diatas saya jahit sebanyak 52 x 52 jahitan. Jahit menggunakan satu atau dua 'floss' benang.

Tandakan satu bahagian tengah pada belah atas pattern dan cantumkan bahagian bucu sebelah bawah pattern
Jahit mengunakan benang. Mulakan dengan backstitch yang pertama.Masukkan benang diantara dua backstitch yang di samakan..ingat hanya jahit backstitch sahaja tak perlu jahit kain sekali.

Samakan jahitan backstitch atas dan bawah pattern ..jahit sehingga sampai ke bucu.

Lipatkan kain dan sambung menjahit ..sehingga terbentuk bucu .

Jangan jahit sehingga habis ..tinggalkan sedikit sebagai lubang untuk kita masukkan fiber nanti..

Masukkan fiber secukupnya dan jahit sehingga habis.

Bila dah siap ia akan jadi begini. Sediakan dua butang untuk dijahitkan di bahagian tengah biscournu tadi.

Letak butang di bahagian tengah dan jahit kedua2 butang sekali gus.Tarik benang agar butang menjadi sedikit rapat. Simpul kan benang dan selitkan dibahagian belakang butang.

Biscournu yang dah siap
Antara biscournu yang telah saya siapkan dan akan di beri pada kawan2 di Forum Cari..