Showing posts with label scrapbook. Show all posts
Showing posts with label scrapbook. Show all posts

Wednesday, April 23, 2008

Party for Scrapbooking Day


Jumpa di sana nanti...

Wednesday, April 16, 2008

Lay Out Tag challenge


LO dari penyertaan 1st lay out tag challenge di Lovescrap..seronok kerana ramai yang turut serta.

Saturday, March 29, 2008

Cabaran Lovescrap (March)


Layout untuk cabaran bulan mac di Lovescrap oleh yatiedin. Tajuknya tentang diri sendiri...

Friday, March 28, 2008

~~~Sweet Scrapping Night ~~~


Sekali lagi kami berkumpul bersama2 untuk online crop yang di hadiri oleh ida ,yatie , sha dan kuntum . Seronok kali ni dengan tema bebas cuma tak boleh guna patern paper je.. Suka dengan tajuk "sweet scarpping night" ... harap di lain kali lebih ramai lagi yang dapat sertai kami..

Tuesday, February 26, 2008

Hari Pertama 2007


Hari pertama Naim ke sekolah tahun 2007.. Perasaan yang sama leeya alami setiap kali anak2 leeya melangkah ke sekolah.....Seronok ada sedih pun ada bila leeya nak lepaskan dia kesekolah.. perasaan ni memang ada rasanya pada setiap ibu yang menghantar anak nya kesekolah...seronok bila melihat dia begitu teruja sekali hendak kesekolah dan sedih bila mengenangkan dia akan perpisah dengan dunia kanak2 yang indah dan melangkah ke satu dunia baru yang penuh dengan segala macam cerita didalam nya. Nadjmie , Niezar, Naim ...mummy sayang anak2 mummy...

Tuesday, February 12, 2008

Alter paper clip


Hari ni leeya buat 'alter paper clip' yang di ajar oleh Hamy. Suka lah buat paper clip ni sebab senang sangat. Sekejap je dah siap. Cuma perlukan cardstock dan pattern paper dan paper clip saiz besar.

Friday, February 1, 2008

lay out


Hari ni hari wilayah persekutuan..so hari ni hari cuti.Pagi tadi leeya tak tahu nak buat apa lepas balik dari breakfast kat mcDonald. Dalam kepala ni dah ada idea nak buat LO jadi leeya pun duduk kat meja ambil card stock dan patern paper dan inilah hasil nya..rasa lucu jugak lain yang nak di buat lain pulak yang jadinya.

Sunday, January 20, 2008

pebbles chalk


Semalam hari sabtu pergi ke rumah kuntum ambil 'chalk' yang dibeli dari ebay. Seronoknya dah dapat 'chalk tu , tak sabar nak cuba guna...Terima kasih banyak-banyak kuntum... lain kali boleh berurusan lagi..hehehe..

Thursday, January 17, 2008

Calendar 2008

Akhirnya siap juga calendar 2008 ini walaupun January dah nak sampai ke penhujungnya.Banyak sangat masalah yang perlu di dulukan dan di tambah dengan penyakit"M" makin bertambah lambat jadinya. Walaupun hasilnya tak secantik mana namun leeya bangga dengan hasil kerja tangan sendiri.

























Sunday, January 13, 2008

Barang2 ebay

Barang-barang untuk scrapbook yang di beli dari ebay. Bukan senang nak mendapatkan barang2 ni..kena bersengkang mata menunggu untuk membida..banyak juga yang terlepas di sebabkan terlalu mahal untuk di bida. Buat masa ni kegiatan membida di ebay di berhentikan kerana ongkosnya terhad hehehe....tunggu bila ada sponsor akan kembali beroperasi.

Friday, January 11, 2008

Lay outs



Sebahagian LOs yang telah leeya buat setakat ni. Leeya suka lay out yg simple sebab senang dan cepat nak membuat nya.Gambar2 anak2 leeya sewaktu kecil.Bila melihat kembali gambar ni rindu pulak pada waktu yang lalu sewaktu mereka kecil. Terlalu banyak kenangan manis yang di lalui bersama.

Wednesday, January 9, 2008

Mini album


Project pertama yang me buat untuk scrapbook.Terimakasih pada Ida kerana sudi mengajar cara2 membuat mini album ini. Mini album ini bertemakan Hari raya aidil fitri .