Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Sunday, February 22, 2009

My family




The love of a family is life's greatest blessing....

Tuesday, June 24, 2008

Happy Birthday

Tahun ni aku menyambut hari lahir hanya bersama keluarga ku saja..Aku gembira bila suami dan anak2 ku ada bersama.Mrs . teddy ni anak ku naim yg bagi..katanya buat teman mummy bila dia pergi sekolah.Mummy sayang semua anak2 mummy.

Monday, June 23, 2008

Scrapbooking Challenge Round II

Kali pertama aku menyertai challenge yang di ada kan di Papier .Terima kasih pada IDA yang bersama sama aku di situ yang memberi semangat dan idea2 walaupun tekanan yang di rasai disaat2 akhir masa.
masih boleh berposing lagi tu ..


Tahniah ida kerana mendapat tempat kedua ...ribbon dgn plastik tu jangan lupa simpan ye..
Masa dah nak habis baru lah bersungguh sungguh nak buat ..
Para peserta yang menyertai bersama lay out masing2....

Sunday, June 1, 2008

Majlis Marhabhan




Majlis marhabhan dan cukur jambul cucu perempuanku Wan Aisyah Soraya pada 31 mei 2008.

Wednesday, May 7, 2008

Mother's Day Award


Terima kasih Ida ... bangga menjadi seorang ibu...akan ku berikan pula award ini pada arwah ibu dan ibu mertua ku..serta pada semua ibu2 yang membaca blog ini..Selamat Hari Ibu

Walau pun ibu sudah tiada di sisi ..jasa2mu dan kasih sayang yang ibu berikan tetap berada di hati ni..hanya doa yang dapat ku titipkan buat mu IBU...

Tuesday, May 6, 2008

Pengalaman ku..


Pada 29hb april yang lalu ..aku telah menjalani pembedahan kecil untuk membuang hempedu ku yang telah rosak..kerana ada batu didalam nya... sedih rasanya bila terpaksa berbuat demikian..tapi bila mengenangkan kesakitan yang terpaksa aku lalui setiap kali batu tu bergerak aku pasrah atas nasihat doktor.... Pada pukul 7:30pagi aku dibawa ke bilik pembedahan..takutnya hanya ALLAH yang tahu..inilah kali pertama aku akan di bedah sepanjang hidupku..macam2 cerita kudengar dari orang2 di sekeliling ku..bila ku fikirkan kembali menjadikan aku bertambah takut...namun aku redha diatas ujian yang ALLAH berikan untuk diriku..segala yang terjadi telah di tetapkan olehNya..Kata2 semangat dan doa dari suami serta kawan-kawan tersayang menjadikan aku tabah menghadapi segala kemungkinan yg berlaku..pembedahan selesai pada pukul 12:00 tengahari..dari apa yang doktor beritahu pada ku terdapat sedikit masaalah sewaktu pembedahan ..tapi dengan kepakaran doktor dapat di atasi..disini ku melahirkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah besar. Terima kasih jua pada doktor2 yang begitu baik serta juru2rawat yang begitu mesra dan bertanggungjawab semasa menjalankan tugas..Sekarang ni aku bertambah pulih tak sabar rasanya hendak kembali aktif dengan kegiatan kegemaran ku crosstitch dan scrapbooking..

Friday, February 15, 2008

Hadiah dari Sha...




Semalam leeya terima hadiah ni dari sha...walaupun lambat sebab abang posmen salah baca alamat dia simpan dulu bungkusan tu sehingga dia call leeya bertanyakan alamat yang betul hehehehe....Nasib baikkan dia tak bagi makwe dia gelang tu..kalau tidak melepaslah leeya nak pakai gelang yang cantik ni.. terimakasih sha .. cantik sekali dan sesuai sangat dengan leeya. Hadiah ni leeya dapat sebab leeya menang dalam permainan Bingo kat Lovescrap.

Monday, February 4, 2008

Selphy


Semalam leeya beli photo printer 'SELPHY' canon. Selepas ni leeya tiada lagi masalah nak print gambar. Memang senang bila menggunakan 'selphy' ni. Macam tak percaya je bila leeya dapat beli photo printer ni..sebab berangan nak beli dah lama cuma semalam menjadi kenyataan.