Wednesday, March 11, 2009

Biscournu

Cara-cara membuat biscournu.



Buat dua keping pattern cross stitch Jahit 'backstitch' di sekeliling pattern selalunya jahitan backstitch itu dibuat dalam jumlah genap. Dalam contoh diatas saya jahit sebanyak 52 x 52 jahitan. Jahit menggunakan satu atau dua 'floss' benang. Tandakan satu bahagian tengah pada belah atas pattern dan cantumkan bahagian bucu sebelah bawah pattern

Jahit mengunakan benang. Mulakan dengan backstitch yang pertama.Masukkan benang diantara dua backstitch yang di samakan..ingat hanya jahit backstitch sahaja tak perlu jahit kain sekali.
Samakan jahitan backstitch atas dan bawah pattern ..jahit sehingga sampai ke bucu.

Lipatkan kain dan sambung menjahit ..sehingga terbentuk bucu .

Jangan jahit sehingga habis ..tinggalkan sedikit sebagai lubang untuk kita masukkan fiber nanti..



Masukkan fiber secukupnya dan jahit sehingga habis.


Bila dah siap ia akan jadi begini. Sediakan dua butang untuk dijahitkan di bahagian tengah biscournu tadi.

Letak butang di bahagian tengah dan jahit kedua2 butang sekali gus.Tarik benang agar butang menjadi sedikit rapat. Simpul kan benang dan selitkan dibahagian belakang butang.

Biscournu yang dah siap
Antara biscournu yang telah saya siapkan dan akan di beri pada kawan2 di Forum Cari..

4 comments:

Rai said...

comel biscournu yg akak wat.. mekaceh bg masa besday sy dulu.. opismate jeles tgk sy dpt brg2 kraf..hehe

Leeya @ jelly @ Bbee said...

rai cakap dengan opismate tu joinlah skac boleh dapat macam2 nanti dgn syarat kena rajin kan..hehehe

alin0ne78 said...

kak ..
tq sgt2 sbb ajar mcmn nak buat biscornu ..

kita berminat tp x dpt idea ..

(sbnrnya takut nak menceburkn diri dlm bidang biscornu nih .. takut ketagih!!!!)

kita mmg ada save 12 pattern biscornus .. tp x pernah try nak buat ...

elok kain brp count nih kak??

leeya said...

selalunya akak guna kain 14ct. cuba lah buat..meh kita tukar tukar biscournu.semangat sikit nak buat.