Pada 29hb april yang lalu ..aku telah menjalani pembedahan kecil untuk membuang hempedu ku yang telah rosak..kerana ada batu didalam nya... sedih rasanya bila terpaksa berbuat demikian..tapi bila mengenangkan kesakitan yang terpaksa aku lalui setiap kali batu tu bergerak aku pasrah atas nasihat doktor.... Pada pukul 7:30pagi aku dibawa ke bilik pembedahan..takutnya hanya ALLAH yang tahu..inilah kali pertama aku akan di bedah sepanjang hidupku..macam2 cerita kudengar dari orang2 di sekeliling ku..bila ku fikirkan kembali menjadikan aku bertambah takut...namun aku redha diatas ujian yang ALLAH berikan untuk diriku..segala yang terjadi telah di tetapkan olehNya..Kata2 semangat dan doa dari suami serta kawan-kawan tersayang menjadikan aku tabah menghadapi segala kemungkinan yg berlaku..pembedahan selesai pada pukul 12:00 tengahari..dari apa yang doktor beritahu pada ku terdapat sedikit masaalah sewaktu pembedahan ..tapi dengan kepakaran doktor dapat di atasi..disini ku melahirkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah besar. Terima kasih jua pada doktor2 yang begitu baik serta juru2rawat yang begitu mesra dan bertanggungjawab semasa menjalankan tugas..Sekarang ni aku bertambah pulih tak sabar rasanya hendak kembali aktif dengan kegiatan kegemaran ku crosstitch dan scrapbooking..
1 comment:
Syukur dah selamat, but I feel so bad cant visit you at all.
Post a Comment